Cara-cara menaikan Nafsu Seks Isteri-

nafsu seks isteri

Masalah utama yang biasa di hadapi oleh pihak suami ialah isteri tidak berminat dan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan seks , bagaimanakah caranya menaikan nafsu seks isteri? Apa kata kita baca nasihat dari Dr Hamid Arshat dibawah .

Soalan :

Assalamualaikum doktor…

saya roesmidi dari kl..saya ingin mendapatkan pandangan doktor akan masalah saya…
saya sudah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai 2 orang anak masing masing berusia 3 dan 1 1/2 tahun…masalah saya selama saya berkahwin ialah isteri saya tidak mempunyai sebarang nafsu dalam hubungan kami suami isteri…

malah dia tidak pernah merasai orgasma melalui cara persetubuhan biasa( memasukkan zakar ke dalam vagina). dia tidak pernah meminta kepada saya untuk memenuhi tuntutan batin sebagai seorang isteri seperti lazimnya…

bagi isteri seks tidak penting dalam hidupnya…dan berasa gembira jika saya tiada di rumah….saya amat bingung dengan keadaan ini…sudah banyak cara saya usahakan untuk memulihkan keadaan isteri termasuk melalui cara kampung tetapi masih gagal..isteri hanya merasai orgasma hanya apabila saya merangsangnya di bahagian puting payudara dan kelentitnya menggunakan jari..apabila mencapai orgasma baru lah saya pula memasukkan zakar kedalam vagina isteri sehingga saya mencapai klimaks.

Sepanjang saya bersetubuh isteri tidak merasai apa apa nikmat dari persetubuhan kami…selalunya isteri hanya menangis sepanjang saya menyetubuhinya…keadaan ini selalu menekan kami hinggakan kami hampir bercerai…hubungan suami isteri menjadi hambar…..isteri juga susah diajak untuk melakukan seks kerana tidak berminat dgn persetubuhan dan hanya merasai sakit.apatah lagi melakukan seks dengan pelbagai posisi…selalu menolak apabila ingin mencuba posisi berbeza….dari pihak saya pula..saya tidak mempunyai masalah dalam perhubungan kerana saya mampu bertahan sehingga 30 minit…dan boleh melakukan hubungan seks 2-3 kali sehari untuk setiap hari…saiz zakar saya juga biasa dengan ketegangan yang biasa…saya juga biasa melakukan foreplay sebelum memulakan seks.

tetapi ini tidak disukai oleh isteri…isteri juga tidak merasai rangsangan ditempat2 yg sepatutnya sensitif bagi wanita seperti di telinga dan di tempat lain kecuali di puting payudara dan kelentit sahaja… soalan saya..

1)adakah masalah ini normal bagi kaum wanita
2)bagaimana nak menaikkan nafsu seks isteri agar lebih berminat melakukan seks.
3)adakah sebarang hormon atau ubat ubatan yg boleh diambil untuk menaikkan nafsu seks isteri.. (UBAT PERANGSANG SEKS WANITA)
4)bagaimanakah menaikkan rangsangan di dinding vagina isteri agar isteri lebih berminat melakukan seks seperti biasa dan bukan melalui rangsangan di kelentit..
5)bagaimanakah cara untuk memulihkan keadaan kami agar dapat melalukan seks secara normal.(klimaks dicapai melalui kemasukan zakar kedalam vagina)
6)apa pandangan doktor akan cara saya memuaskan isteri dengan jari di kelentitnya sebelum memasukkan zakar kedalam vagina…atau saya hanya perlu merangsangnya sekadar menaikkan nafsu seks nya sebelum menyetubuhinya tanpa memuaskan isteri melalui rangsangan pada kelentit..agar dinding vaginanya lebih sensitif pada geseran..

diharapkan doktor dapat memberi pandangan, cadangan dan jalan penyelesaian kepada masalah kami….jika masalah kami perlu dirujuk pada pakar sakit puan..sila nyatakan cadangan doktor siapa yg patut kami temui..

sekian..terima kasih

Jawapan :

Terima kasih atas surat saudara mengenai masalah hubungan seksual suami-isteri. Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan vagina. Klimaks ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai ‘deep orgasme’. Nampaknya isteri saudara mengalami superficial orgasme ataupun orgasme yang dicapai melalui rangsangan luaran iaitu pada payudara dan kelentid. Rangsangan pada bahagian payudara dan kelentid boleh mencapai orgasme atau klimaks di setengah wanita seperti isteri saudara. Ini mungkin satu perkara yang normal bagi isteri saudara. Mungkin segala saraf-saraf yang sensitif terhadap rangsangan seksual tertumpu pada bahagian-bahagian tersebut sedangkan saraf-saraf seksual pada dinding vagina tidak begitu sensitif.

Sebaiknya setelah saudara merangsang isteri dan beliau mencapai klimaks janganlah saudara memasukkan zakar ke dalam vagina terlalu lama sehingga tiga puluh minit kerana ini boleh membebankan dan menyebabkan kesakitan pada beliau sedangkan beliau tidak terangsang lagi dengan perbuatan ini. Oleh itu eloklah saudara percepatkan orgasme saudara atau klimaks saudara seberapa yang boleh setelah zakar dimasukkan ke dalam vagina. Perlu dikatakan keadaan yang saudara alami pada isteri adalah sesuatu keadaan yang lain dari biasa namun masih dianggap normal lagi. Cuma saudara perlu memahami perkara ini dan menerima hakikatnya sebagai satu kenyataan.

Tentang kekerapan melakukan persetubuhan di antara suami-isteri mengikut kajian saya dan kebanyakan doktor-doktor pakar yang lain kekerapan persetubuhan yang normal di kalangan pasangan suami-isteri ialah lebih kurang 3 kali seminggu. Jika saudara berkehendakkan sampai 2-3 kali sehari ini juga mungkin membebankan isteri. Inilah mungkin sebab utama mengapa isteri tidak suka melakukan persetubuhan kerana perbuatan ini menjadi satu beban pada beliau dan menyebabkan keletihan dan seterusnya beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas yang biasa di rumah atau di pejabat.

Oleh itu dalam hal ini mungkin saudara sendiri yang perlu mengurangkan tahap syahwat dam mengurangkan kekerapan bersetubuh dengan mengenakan teknik-teknik yang tertentu. Saudara mengalihkan tumpuan perasaan atau fikiran yang boleh merangsangkan seks saudara, seperti mengamalkan puasa Isnin, Khamis. Ini satu nasihat yang diberikan oleh rasulallah s.a.w. kepada para pemuda yang sedang kuat naik syahwatnya. Pada pendapat saya tidak perlulah isteri diberi ubat perangsang, asalkan beliau dalam keadaan kesihatan fisikal dan mental. Dan beliau mengambil supplement vitamin seperti obimin, kalsium, vitamin C sebagai amalan harian dan tentukan bahawa berat badan isteri tidak naik secara mendadak. Pada pendapat saya seperti yang saya nyatakan tadi lebih baik saudara sendiri yang mengurangkan tahap kenaikkan syahwat. Seperti yang saya nyatakan dengan cara berpuasa puasa sunat. Ada juga beberapa jenis ubat yang boleh mengurangkan sikit hormon testosterone dalam badan saudara dan selanjutnya ia boleh mengurangkan syahwat. Dan dengan ini dapat mengurangkan sedikit kekerapan saudara hendak melakukan persetubuhan. Tetapi ubat-ubat ini eloklah didapati dari doktor pakar urologi. Saya nyatakan bahawa saudara patut mengikuti amalan biasa di kalangan pasangan suami-isteri iaitu mengadakan hubungan dengan isteri dalam lingkungan 3-4 kali seminggu. Ia adalah lebih wajar dari mencuba untuk menyihatkan syahwat isteri untuk melayani keadaan nafsu saudara yang agak kuat sedikit iaitu 2-3 kali sehari.

Sekian Harap Maklum.

Nafsu Seks Isteri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses so far.

  1. Zed says:

    Bro,
    Mamat ni ni masalah dia macam aku le. Tapi takde lah bini aku menangis. Dia memang nak buat seks, tapi masalahnya, vagina dia takde rasa. Tak sensitif. Sepatutnya, kalau boleh tahan 30 minit, isteri akan merasa sedap dan inzal.

    Tapi memandangkan tiada rasa, maka isteri jadi tak inzal. Aku terpaksa inzalkan dia masa foreplay. Bukan maksud mamat ni dia kuat nafsu ke apa. Dia cuma mahu agar isteri dia normal macam perempuan lain di mana bila melakukan seks, akan merasa sedap.

    Ikutkan aku, aku pun boleh bersetubuh 3 kali sehari. Tapi, kalau bini takde rasa sensitif pada vagina, bersetubuh sampai 3 jam pun tak boleh nak inzal. Sebab takde rasa apa apa. Memang rasa nak kawin lain je. Sebab nafsu lelaki ni boleh naik dan cepat mengeluarkan air mani apabila melihat wanita bertindak balas terhadap ransangan yang kita lakukan.

    Tapi masa bersetubuh takde rasa apa-apa, maka macam bersetubuh dengan batang kayu. Jadi tak seronok dan terlalu lama untuk aku inzal.

Leave a Reply


  • Tentang Kami



    Kami merupakan pembekal dan pemborong produk kesihatan lelaki dan wanita yang original , diantara produk yang dijual ialah vimax, Vigrx Plus ,Semenax , Sinrex ,Lotion Power 31 Brutal , Extenxze Pills , Pro extender , Pl super gel , thanyaporn dan banyak lagi..maklumat lanjut anda boleh layari website www.shop4men.com.my atau hubungi admin ( Eddie ) 0193316916
  • shop4men @ Blog


  • shop4men @ youtube